Wednesday, July 28, 2010

errrrrrr.....real date?

ok, kat sini nak cerita lebih sket pasal blogger lelaki yang aku jumpa Sabtu lepas. kalau u all baca blog aku lagi satu tue mestinya korang tau siapa dia..aku maals nak mention nama dia kat sini, nanti masuk enjin carian google susah pulak. wakaka.
ok. apsal sebenarnya aku gamble sangat pi kuar berdua dengan dia. sebenarnya aku memang segan pun, sapalah aku ni kan. serius segan. tapi style aku macam biasalah, konon-konon macam tak malu sangat. kahkahkah
frankly speaking, dah lama gila aku tak kuar berdua dengan lelaki. aiseh, last time tahun 2009 kowt. memang perasaan. ei," aku ni dating ke apa ni " berlegar-legar dalam otak aku. pastu boleh terfikir-fikir, ni kalau serempak ngan bebudak UM tak ke naya je aku. hakhak.
bila agaknya aku nak real date dengan pakwe sendiri. bercinta pernah, tapi tak pernah date, bila dah tak bercinta lagi dah, baru kuar date as kawan. so tak pernah merasa real date. memang bukannya aku nak sangat. ini mungkin keinginan yang datang sebab tengok orang lain dating bagai. padahal sebenarnya aku pun rimas kalau asyik dating saja. cuma itulah, perasaan nakal ni datang jugak kadang-kadang, nyampah aku.!

Wednesday, July 21, 2010

new life begin.

ok. bercerita lagi tentang kehidupan baru aku yang lebih mencabar. sumpah mencabar sangat-sangat. Ya Allah. kuatkan semangatku. macam yang anda tahu. kerja aku sebelum ini aku buat time aku semester break. dan kerja itu pun bukanlah everyday. so aku macam ada masa melepak jugak bila ada hari yang aku tak kerja. tapi kali ini, untuk this part time job yang aku buat. aku start time aku dah mula kuliah. aku ada kelas hari Selasa Rabu Khamis. maka aku bekerja hari Isnin Jumaat dan Ahad. dalam seminggu ada 1 hari je untuk aku rehat. itupun satu hari itulah juga kesempatan nak ulangkaji pelajaran dan buat assignment. pulak tu, 3 subjek yang aku ambik semester ni memang boleh tahan tough. kena banyak baca. ada test, ada presentation. ada report. minggu mula-mula ni boleh lah relax sikit. minggu depan aku rasa dah mula dah lecturer aku nak buat test. eii. harap-harap aku dapat laksanakan semua perkara dengan baik. mudah-mudahan. doakanlah.

Monday, July 19, 2010

dah mula kerja, next part time job

ok, hari ni cerita ringkas. sebab pagi ini aku ada kelas. sampai ke petang. baiklah. berkenaan tajuk. semalam adalah hari pertama aku bekerja di restoran western food kat kl central. 1st day keje, aku ambik shift petang. dari pukul 3pm-9pm. 6 jam straight tanpa break. walaupun baru hari pertama, aku tak anggap kerja aku mudah sangat boleh relax. aku bukan saja jadi runner yang hantar pesanan ke meja. tapi aku terus belajar apa saja yang aku boleh belajar tentang menu. sebab awal bulan depan ada 2 orang staf nak berhenti kerja. sebelum diorang berhenti. aku kena mahir-mahirkan diri. kalau tak aku jugak yang susah nanti. oh ya. ada sorang permanent staf reatoran kami adalah seorang 'pengkid'. ok itu nanti aku akan ceritakan untuk next update. sampai jumpa lagi. daa.

Friday, July 16, 2010

makin maju... elehhh!



aku kini semakin mahu jadi feminin. kalau dulu-dulu cuma ada bedak muka. sekarang dah makin maju sikit. sikit je tak banyak. sebab masih dalam percubaan belajar nak maju. nak jadi perempuan yang nampak matang. tapi sebab duit tu masih perlu ke arah keperluan lain. maka beli sikit-sikitlah. oh ya. tahun ini aku belikan emak n 5 adik-adik kain ela sorang sepasang dengan duit gaji aku 1st time kerja bulan lepas. teka berapa aku habis?. erm. adalah dalam 200 lebih. tu belum masuk tudung dia lagi yang aku akan beli bulan puasa nanti. tak apa. next week aku dah start kerja part time semula. n Ramadhan nanti aku dan housemate bakal berniaga ayam golek 'free delivery' UM area. sebabkan semester ni kami serumah dah tak ada dapat biaya dari PTPTN mahupun JPA sebab ini adalah semester extend. maka kena usaha sendiri 'cari makan'. Its good you know!

new tali pinggang.

ini imej hiasan yang di google.




ini imej dari kamera penulis.



sekarang ni macam trend perempuan pakai tali pinggang besar. maka aku pun lama-lama jadi nak ikut trend. tak. tak. sebenarnya bukan sebab nak ikut trend, tapi nak try. eh. padahal sama jelah kan. itulah yang di dalam gambar, the new tali pinggang cap ayam. dengan harga 12 ringgit sahaja, berjaya aku cari yang paling murah sekali di Times Square. paling banyak mereka jual dengan harga 25ringgit. so kena pandai2la cari. tali pinggang sejenis macam ni banyak sangat ada kat Sg.Wang dan Times Square. macam2 pattern ada jual. tapi nak cari yang berkenan agak sukar. aku suka sangat warna putih atau krim. tali pinggang ni sesuai pakai dengan baju yang kembang-kembang sket ala-ala gaun. atau pun pakai dengan cardigan labuh macam dalam gambar pertama tu. nak cari cardigan yang murah ada jual kat masjid India dekat-dekat dengan Mydin. dalam 30-35 ringgit. eh, tiba-tiba blog ni bercerita pasal info shopping murah pulak. hahahah!



Wednesday, July 14, 2010

memasang Nuffnang.

ok. ini mahu kasi tahu. kini blog ini sudah bernuffnang, sebenarnya bukan nak sangat letak iklan sebab duit. lagipun macam you all tahulah. iklan nuffnang susah nak berjaga. aku yakin income dia pun nanti bape sen sangat je bleh dapat. aku pasang nuffnang di blog ini sebab aku nak tengok jumlah pelawat blog ini setiap hari. mangga ads tu tak dapat nak reveal pasal statistik visitors. so everytime aku update blog aku macam tertanya-tanya ada ke orang nak baca blog personal aku ni. untuk pengetahuan. blog ini aku tak ada letak mana-mana local blog kat sidebar, blog ini juga tak ada follow mana-mana blog lain. aku memang buat blog ni untuk 'suci' daripada benda-benda tu. and aku nak ucap terima kasih sangat pada yang follow blog ni dan baca story behind my hazel eyes. macam yang anda tahu. ini adalah blog kedua. yang aku tak bagi adik beradik atau sedara aku baca. malah housemate juga tak tahu blog ni. disini aku nak menulis dengan bebas. so terimalah penulisan disini apa adanya. and again. terima kasihhhhh!

bercinta dengan rekod yang baik.

dalam sesebuah hubungan percintaan, kesudahannya memang belum pasti. siapa yang boleh menduga jika cinta itu bakal berakhir. oleh sebab itu. sebagaimana hati pernah suka, pernah sayang, pernah jiwang. kalaupun tak dapat dikekalkan. cubalah sedaya mungkin untuk menjaga rekod percintaan itu dengan baik. sekurang-kurangnya, apabila dikenang kembali. "oh. bekas kekasihku itu seorang wanita yang baik, cuma jodoh kami tiada".
usah meninggalkan rekod buruk walau hati berparut luka. anggap ia 'value' diri sendiri. tidak dikenang sebagai bekas kekasih yang bertukar menjadi sang singa tatkala cinta berakhir bahagia. redha dan ucapkan yang baik-baik saja untuk si dia, walaupun pengakhiran itu berpunca dari hatinya yang beralih arah. biar satu hari nanti dia tahu. kita ini punya 'nilai' yang bukan baiknya kerana hubungan cinta. tapi kerana peribadi adalah begitu.
perpisahan bukan bermakna kebencian harus ditonjolkan. sekalipun kesal dan marah. jangan malukan diri sendiri dengan nista dan dengki. Allah Maha Tahu tiap-tiap sesuatu yang berlaku.

Monday, July 12, 2010

bila cinta ini...tak lagi bermakna

bila putus cinta, bila ada hati yang beralih arah. aku selalu tertanya-tanya, "apa kurangnya aku?". betapa sukarnya menggenggam sekeping hati. walau sedaya upaya menggenggam kemas, tapi akhirnya terlepas juga melalui celahan jemari. mungkin hati yang digenggam itu, mencair seperti air batu. rasanya sejuk, tapi menyakitkan.
lemahnya aku pada pujangga yang manis berkata-kata walhal itulah umpan yang hanya sekadar meraih percaya. longlainya lutut tatkala menerima hakikat bahwa cinta itu tidak kekal malahan surut dimamah waktu. betapa gagah aku mencuba, tetap lemah tiada terdaya menahan titis airmata.
pada kalimah cinta yang pernah terlafaz itu aku terima. sekalipun ia pergi, aku tetap di sini. memohon pada Ilahi. Ampunilah aku, Kasihanilah aku. semoga sekeping hati ini sekalipun sepi sendiri. redha aku tidak bertepi.

Tuesday, July 6, 2010

income 25 hari bekerja part time :- RM 1200

biarlah aku bercerita di sini tentang pengalaman aku mendapat 'hasil pertama' dari titik peluh sendiri. aku bukan bekerja secara online, bukan juga jana pendapatan dari rumah, bukan log in facebook dapat seratus. bukan meniaga MLM, semua pun bukan. tapi aku bekerja part time secara keluar dari rumah.
masa mula-mula cari kerja, aku macam ushar-ushar kat kedai-kedai, isi borang kat Guardian, isi borang kat MPH. tapi sayangnya. tidak juga berhasil setelah menunggu hampir dua minggu. tapi tak apa. jangan give up awal sangat dan seterusnya balik kampung. itu boring. harus usaha cari lagi peluang lain. yakin pasti ada.
akhirnya aku menggoogle peluang part time di internet. kalau tak silap di asia part time. dan disitulah aku 'bertemu jodoh' untuk meng'apply' part time sebagai event crew sesebuah exhibition. aku perlu attend interview di setapak, dan menjalani training selama 4jam. exhibition pertama yang aku join adalah SMIDEX di klcc. dan itulah pertama kali, aku 'menservis' orang awam.
kerja aku bunyi cam simple, serve visitors yang datang event. guide diorang isi borang untuk daftar masuk sebagai pengunjung, paling senang, ask for their bussines card, dan tolong staple kan je pada borang. kenapa? sebab sometimes handwriting mereka 'sukar dibaca'. maka bussines card tu akan memudahkan kerja our typist.
kenapa mesti isi borang?
sebab ini trade exhibition. organizer nak tau details pengunjung dia, kerja apa, company apa, bidang apa. sebab itulah khidmat kami diperlukan. tapi tugas aku yang nampak cam mudah ni, susah dia adalah aku kena berdiri selama hampir 9 jam serve visitors. tolak bape minit waktu makan tengah hari dan solat. itu saja. lagi satu, kena layan visitors politely walaupun kadang-kadang banyak ragam. bab tu, mentally must be strong. sebab adakalanya. visitors macam nak membaham kau. hahahaha! aku dah rasa dah.
aku dah kerja untuk Smidex, Mihas dan Archidex. 3 hari+5hari+4 hari. total 12 hari, dengan income sebanyak rm890! ok. lagi 13 hari tuh, aku kerja part time as promoter 6 jam sehari kat Jusco MidValley, kerja ni pun aku dapat melalui internet web mudah.my. aku cuma dibayar 4rggt sejam, tapi keja dia sangatla senang. cuma tulis bil kat resit setiap pembelian pelanggan. 13 hari kerja, income RM310. sabtu ahad, keja 8 jam.
ok, memang income aku 1200rggt. tapi kau fahamlah bahwa ianya bukanlah bersih, tolak belanja makan aku hari kerja, tambang lagi. dalam 25 hari tu makan belanja hampir 300 gak. ok. itu normal. tak payah merungut, at least aku berbangga, dapat cari duit sendiri dan tidak lagi meminta duit dari parents, walaupun aku belum betul-betul habis blaja.
memang itu mahu aku. berhenti dari bergantung pada orang lain. kerna aku yakin, aku memang sudah benar-benar dewasa.

Monday, July 5, 2010

eksperimentasi Mangga Ads

iklan Mangga Ads dipasang di blog ini sejak 14 June '10. seperti yang aku in4m before ni, ianya macam sejenis eksperimen, nak tengok sejauh mana bagus tak bagusnya Mangga Ads ni, ermm. lebih kurang 3 minggu, barulah ia 'membuahkan duit'. yelah, aku update blog ni pun jarang-jarang, sebulan cuma 5 kali. jadi sepadan la dengan hasil yang dituai. lagipun blog ni memang tak ramai yang tahu. yang tahu tu tahulah, yang add aku kat network mangga ads pun tahulah juga. heheh
semalam aku cek report dia, ecpm aku ada 1.36sen. wah, aku pun macam hepi la kan. sekali cek hari nih, dia jadi berkurang ke 0.68sen, Aik! boleh pulak dia berkurang macam main tarik tali. aku pun musykil la sorang-sorang. ecpm Mangga Ads ni boleh jadi macam yoyo pulak rupanya. sungguh tak sangka. dan sekarang aku nak teruskan eksperimen dengan meningkatkan kekerapan mengupdate blog. kalau b4 ni 5 kali sebulan. mungkin up sikit jadi 15 kali sebulan. then lepas tu kita tengok apa jadi, dia jadi yoyo ke jadi gasing ke apa.

Sunday, July 4, 2010

komitmen berkawan.

sesuatu tentang aku dalam berkawan adalah aku mahu berkawan dengan siapa pun di tahap biasa-biasa saja. aku tidak berapa gemar untuk menjadi kawan karib yang tahap rapat gila sampai boleh share everything.
kenapa?
sebab aku percaya tahap sederhana dalam berkawan itulah yang akan menyebabkan sesebuah friendship itu kekal lama. aku taknak ada komitmen dalam berkawan. bila rapat sangat, akan ada situasi kecil hati, atau mungkin iri hati. aku tak suka semua tu, aku lebih happy kalau dalam pada berkawan, disebabkan bukan taraf karib, maka aku dan kawan akan sentiasa feel free. sama-sama 'tak kisah sangat'.
aku melihat berlakunya perselisihan besar seandainya salah faham berlaku dalam hubungan persahabatan yang sangat rapat. daripada jalinan persahabatan yang akrab, boleh bertukar menjadi benci sehingga tak mahu melihat muka satu sama lain. betapa ruginya.
kadang-kadang dalam hati masih ada rasa sayang dengan persahabatan, tapi disebabkan istilah kawan karib, kau merasakan bahwa tidak sepatutnya perkara tertentu itu terjadi dalam sebuah hubungan persahabatan yang rapat. maka ego itu lebih mengatasi segala-galanya.
bagaimana aku dapat melihat ini?
kerana ia banyak terjadi, di kalangan kawan-kawan aku sendiri.