Tuesday, March 29, 2011

kita takkan miliki segala-galanya


semua manusia yang beriman itu diuji. hari ni kau dapat kemewahan, kau akan kekurangan nikmat yang lain pula. Allah Maha Adil. hari ini kau rasa kau susah, tapi masih ada yang sayang. syukurlah.

kau rasakan percaturan hidup ini amat payah. tapi dalam episod hidup ini Allah temukan kau dengan tulus kasih manusia yang mahu memberi.

dimana engkau hampir tersungkur, kecewa, menangis saban hari. Allah titipkan kasih sayangNya melalui insan berbudi. yang tahu engkau asal usulnya. yang terima engkau apa adanya.

di saat engkau dicemuh dan difitnah dengan tuduhan tak berasas, Allah kurniakan engkau peneman yang dengar engkau tentang seribu satu kisah.

kisah kau dan dia yang berbeza jalannya. tapi engkau melengkapi dia, dan dia melengkapi engkau. tangis tawa engkau senyap sunyi kini ada pendengar. jangan gusar. hati yang ikhlas akan temui jalan kebenaran.


Tuesday, February 8, 2011

sebuah pengakuan..


I love my dad!

aku harap aku berjaya menjadi seorang anak yang baik. yang seperti abah aku inginkan. abah. I love You.!

yes. dalam hidup ni kita takkan berjaya kalau kita ingkar pada orang tua kita. dalam pada keras hati. aku akur. abah adalah yang terbaik. merangkumi segala-galanya. aku harap Allah mudahkan urusan aku. menjadi seperti apa yang abah inginkan.







semalam aku termenangis. sebab skandal aku bagitau dia akan menikah bulan 10 nanti. hey. why la. kenapa aku sedih pulak. dia memang bukan boyfriend aku n aku sendiri maklum dia memang dah ada gurl. kalau you all tanya apa itu skandal. jawapan dia 'teman tapi mesra'. kadang ada masa aku tengok dia main bola. n aku just suka main rambut depan dia. sangat sweet! yes. beliau seiras dengan pelakon sinetron Sejuta Cinta Marshanda. -Baim Wong-.

aku bukan penyibuk. bukan kacau daun. atau segala yang negatif itu bukan aku. aku tak niat nak jadi orang ketiga ke apa. itu bukan sama sekali tolong faham. aku cuma happy bila dengan dia and aku tak harap lebih dari itu. malah aku doakan dia bahagia dengan gurl dia dan aku sendiri pasti akan menghadiri majlis mereka nanti. aku tahu ini berbunyi complicated dan macam aku ada masalah. please faham. aku okay sebenarnya.

aku cerita kat sini sebab aku rasa aku nak meluahkan. aku tahu aku memang sukar dimengerti. padahal aku tak mintak jalan cerita yang kompleks macam ni. mungkin aku kena pindah rumah cepat-cepat dan menghilangkan diri. errr. mana aku nak lari?