Wednesday, December 22, 2010

cerita dalam novel semua auta..!


aku taktau nape aku boring sangat hari ni. mungkin sebab sedang jauh ngan buah hati. eceh. jiwang~.

tengok kiri tengok kanan. eh. ada novel. ermm. novel ni aku dah baca dah dulu. hari ni. aku sengaja selak muka surat dalam dia randomly. Oh!..

aku baca muka surat itu hampir separuh. aku tutup balik. geleng kepala. dan tanya diri aku. macam manalah dulu aku boleh khatam baca novel ni. seingat aku. masa aku baca novel ni. memang feeling habis-habisan tahap dewa. sampai aku menangis berjuraian air mata air hingus. macam.. macam bodoh gila plak aku rasa.

bukankah jalan cerita dalam novel tu totally nonsense.?

tapi bab cerita tentang keegoan lelaki dalam sebuah novel. yang itu aku percaya. sebab aku dah jumpa lelaki yang sumpah egois. tapi aku masih memandang lelaki itu sebagai lelaki yang macam perfect. padahal dia sungguh menyakitkan hati. pheww!

dia yang pernah bertakhta, aku semakin pasti bahawa dia memang cuma masa lalu yang sementara. walaupun aku pelik kenapa dia datang balik dan menggugat perasaan aku lagi. still, we cant go further. tak ada jalan. enough said.

semalam. (mungkin kali terakhir jumpa dia dan aku harap tak ada lagi perjumpaan selepas ini). 1st time aku nampak dia dengan baju kerja. kemeja lengan panjang belang maroon hitam. tuck in. neck tie yang dah dilonggarkan. dengan berkasut kulit. plus his fragrance. n driving his new Honda City. OMG! cair sebenarnya tapi control beb!

sematkan dalam hati aku. dia ni bukan sesiapa lagi. bukan sesiapa lagi. please jangan cair dengan dia please.!!!

see. now aku sedang bercerita pasal dia sebab dia memenuhi ruang minda aku untuk masa sekarang. ampunnnnn!. tolonglah 'kanda' di Penang pulang segera...pulang segera...!

end up. dia pesan. "hope ur new bf jaga u dengan baik. take care..."






p/s: siapa pula gerangan bf baru saya?....

Wednesday, December 15, 2010

dingurat di Facebook.


kembali mencoret disini. hye kawan-kawan.. =)


saja ni nak cerita sket, baru-baru ini menerima salam kenalan dari seorang rakan Facebook. actually dia adalah rakan sekolah yang dahulunya tidak sempat aku kenal. maklumlah. sekolah agama. mana ada masa nak kenal kaum Adam. zaman-zaman begitu nerd. zaman-zaman hati masih suci bersih.

lelaki ini, konon-konon nak kenal dengan aku. tapi beliau begitu direct. dia kata dia berminat nak kenal. and so on. ajak aku jumpa. sama ada dia sponsor aku turun Port Dickson, atau dia boleh datang KL kalau aku free.

aku tanya, kenapa nak kenal ngan aku. dia cakap, apa salahnya. awak ni cun, single lagi. jap aku gelak dengan jawpan dia. then aku tanya balik. bila masa plak aku kata aku ni single. bukan ke relationship status aku kat FB tu adalah in a relationship.

then dia kata, Aaaaaa, sejak bila status tersebut bertukar??

dah lama kot bertukar, sejak raya puasa lepas lagi. Ceh. rupanya dah lama duk ushar aku kat Facebook. lol.

aku cakap kat dia. walaupun dia suka aku, tapi aku suka orang lain. then dia kata tak apa. kalau nanti aku reject dia pun still tak apa. dia nak jumpa aku nak spend masa sama-sama satu hari. Huishhh!

ni skang dia duk usaha pujuk aku supaya ada masa free bulan ini. aduhai.

susah nak aku kata kat dia directly yang aku kalau boleh tanak jumpa dia. ntahlah. aku tanak kecewakan orang. memang dia kata tak apa. tapi manusia ni bai. mana kita nak tahu hati dia kan. kot one day nanti dia mandrem aku ke. mampuih!


Saturday, December 11, 2010

they love me, but i love only you..


then, what should I do?

hari ini dia membatalkan our date, mesej me pagi-pagi. " sorry dear, really cant make it today. I ada emergency kena balik perak pagi ni..next time k..".

padahal malam tadi aku dah membayangkan suasana bangun pagi yang sangat riang for today sebab dapat keluar dengan dia. Damn. macam nak menangis. then I just reply him, "Okay..".

when he said about next time.. itu maknanya next weekend. only weekend dapat tengok muka dia. not really weekend la. sebelum ni pun bape kali cuma dapat jumpa malam Sabtu yang tak berapa jam tu. nak spend masa the whole day memang mimpi.

maka hari aku terus berubah seribu wajah. tak ada mood. baik-baik bangun pukul 7.30 pagi. terus sambung tido sampai pukul 10 pagi. macam separuh jiwaku pergi. masih tak makan apa-apa pun. selera aku tak ada.

dah lama kami tak berjumpa sebab our relationship ada masalah sebelum ini. punya complicated masalah tu aku susah nak terangkan. but he is now coming back to me. walaupun hubungan ni masih tak jelas. tapi aku rasa hati aku cukup jelas.


and by this time. aku ada terima beberapa offer. get invited to own their heart. what is all this?



I just love him. fullstop.






Friday, December 10, 2010

bertaut kembali?


kalau tengok entry lepas. aku sedih gila macam tak pasal-pasal. tapi entry ni aku nak cerita pasal aku happy dapat jumpa dia sekali lagi. tak. dia masih belum tunai janji untuk bawak aku naik jambatan KLCC. tapi kami jumpa sekejap je. semalam dia janji boleh jumpa lepas kerja. tapi aku keluar awal semalam. actually aku dari rumah kawan aku yang baru kerja kat KL nih. aku malas nak balik rumah then kena siap-siap keluar balik.

so pukul 3 tu aku jalan-jalan kat kotaraya. aku memang kaki jalan kaki, u all jangan pelik sangat pasal tu. then pukul 6 aku gerak pergi Sunway. sebab janji nak jumpa kat sana. oh ya. pagi hari itu jam 11 aku bersarapan dengan kawan kat KLCC. dia kerja shift petang. dan semalam. itu satu-satunya meal aku untuk hari itu.

pukul 7 sampai Sunway sebab jalan sangat sesak. aku boleh sampai tertido-tido dalam bas, peduli apa dengan mamat kat sebelah aku ni. poyo je aku tersengguk-sengguk sampai kepala terhentak kat cermin tingkap. ni smeua gara-gara bergosip dengan kawan aku semalam sampai ke pagi. bukan gosip artis. :p

pukul 8 dia mesej aku. dia kata dia datang lewat sket ada hal. dia suruh aku balik dulu nanti dia akan datang rumah. aku degil kata tanak balik sendiri aku nak tunggu dia datang. aku memang degil. bukan je aku tanak balik sendiri malah aku tak makan apa-apa langsung. sampai la dia datang. tau dia datang pukul berapa?.. pukul 11 malam. still gak. aku kata tak apa. memang bunyi macam orang gila. tapi perilaku ini aku taktau apa punca dia. aku cuma nak jumpa dia ja. thats all.

bila dia sampai pun aku tak membebel. cuma aku banyak diam sebab penat seharian. then macam konon nak protes. ceh! perempuan kan. aku tak bagitau dia yang aku lapar. aku tanak dia kata im crazy tunggu dia sampai sanggup berlapar. padahal memang aku sengaja nak berlapar. macam nak seksa diri. aku rasa aku memang macam orang gila semalam. tak pernah kot dalam hidup aku berperilaku gila macam semalam.

aku cuma nak cerita. aku happy sangat bila nampak dia. we met less than 1 hour last nite. tapi aku hepi sangat, macam tak percaya boleh jumpa dia sekali lagi. macam terharu macam nak nangis pun ada. macam jatuh cinta. aku cakap kat dia. "kenapa I nampak u macam lain?" dan aku sendiri jawab. "maybe sebab I dah lama tak nampak You kan."



p/s: cinta itu gila!

Friday, December 3, 2010

untuk melupakan bukan mudah..


hari tu, masa keluar dengan seorang kenalan. kami makan kat bandar sri permaisuri. aku lapar hari tu. balik dari Maha 2010. seharian belum makan apa-apa lagi. sebab aku macam tak lalu nak makan nasik. dan aku taktau nak order apa. aku main sebut je char kuey teaw. bila order sampai. dan aku makan. baru aku teringat. last time aku makan benda alah ni adalah masa kat Menara Tinjau. masa aku nampak udang dalam char kuey teaw tu, aku terus teringatkan dia. masa kat menara tu, char kuey teaw tu dia punya, tapi sebab order aku lewat sampai, dia ajak aku makan sekali. dia kupas udang tu n suapkan kat aku.

Ish!.. kenapa aku sedih sangat...!

aku cuma nak jumpa dia sekali lagi. tunaikanlah janji. You nak bawak I naik jambatan KLCC tu sama-sama kan?...





Saturday, November 20, 2010

menulis itu dunia aku..


aku punya idea untuk dilontar. aku punya kisah untuk diceritakan. Ya. menulis itu dunia aku. dulu ada seorang lecturer aku pernah bagitau. "Sara, sebenarnya kamu berbakat menulis, bahasa kamu cantik". itu ulasan dia semasa menyemak assignment aku. "Sara, harusnya kamu menulis blog...".

hidup aku memang biasa-biasa saja. tapi aku anggap hidup aku indah. aku terima susah senang dan pahit manis menjadi aku. aku ingin menjadi seseorang. aku ingin terus menulis. aku masih ingin bercerita.

hidup ini banyak ranjaunya. terluka dan melukakan adalah lumrah yang namanya insan. hurmm. kalaulah satu hari, penulisan di sini terhenti, dan blog utama juga tak dapat diakses lagi. itu mungkin kerana aku mengambil rehat panjang. aku pasti kembali. dengan 'kamar tulis' yang baru. dan di sana nanti. kalian tidak akan tahu. bahwa yang menulis di situ adalah aku.

mahu terkenal itu bukan aku. mahu dikenali juga bukan lagi aku. aku mahu senyap sunyi. bukan sembunyi. menjelang 23 tahun usia beberapa hari lagi. aku pergi.....





Sunday, November 7, 2010

kekal kurus itu berbaloi?.. no.no.no


aku terkadang, macam meluat sket dengan spesis yang asyik duk cerewet makan sebab kononnya nak kekal kurus, langsing, ramping. Mekdi tak makan, nasik lemak tak makan. kek berkrim tak makan. kalau makan pun seciput je. diet. diet. diet. aduhai!

yang nak jaga sangat kerampingan tu apa plak tujuan dia? nak tarik perhatian lelaki?. nak jaga pandangan boyfriend supaya tak tengok kat perempuan lain? macam tu ker?

asalkan kau maintain sihat. kan ke dah Alhamdulillah. makan itu kan satu nikmat. nikmat ni semuanya sementara. kang nanti kalau Allah tup-tup bagi sakit yang kena pantang makan itu tak boleh ini tak boleh. haa. masa tu nak ikat selera kau tu ikatlah.

lain cerita kalau kau makan benda tu, pastu memang kau tak berkenan. pastu kau tak makan lagi dah. itu lain. macam aku. aku tak berkenan sushi. tak boleh masuk kat tekak aku benda-benda separa masak nih. pernah aku bagitau Ariff Shah yang aku tak makan sushi. itupun dia dah kata. rugi satu nikmat.

aku suka tengok orang yang tak la kurus, tak la ramping. mungkin chubby sket. tapi dia enjoy dengan makanan dia. maksudnya bukan lah dia makan sekali sampai 2-3 pinggan. tapi at least dia makan sepinggan nasik, dan dia happy menjamu selera tanpa perlu fikirkan dia harus diet tak makan nasik kena makan buah je. n something like that.

aku sekarang. life tak berapa teratur. so makan pun jadi tak berapa teratur. mungkin sebab kerja. n bila cuti aku lagi utamakan rehat. (tido). jadi macam tak ada masa untuk makan. cumanya aku takkan biarkan perut aku kosong lapar. apapun akan tetap alas perut. minum susu dutch lady ke makan roti ke. sebab aku taknak jatuh sakit.

apa yang penting?. amalkan pemakanan yang baik untuk kekal sihat. bukan kekal kurus. okeyh!





Wednesday, October 27, 2010

komplot penipuan


aku peduli apa dengan pendapat orang lain. tapi bagi aku. hidupnya aku selama 23 tahun ini. aku memang paling pantang besar dengan yang namanya penipu. fine, kalaulah berdusta kerana terdesak. mungkin aku boleh maafkan. sebab mungkin aku pun pernah buat. contoh. aku dah terlewat pi sekolah. terpaksa bantai tipu yang aku cirit-birit and so on demi mengelakkan kena denda. tapi itupun masa zaman tak matang. sekarang ni. dah makin banyak angka umur. aku zerokan gejala menipu ni.

pernah seorang sahabat bertanya pada Rasulullah, macam mana dia nak berhenti buat maksiat. setiap kali cuba dia gagal. tau apa jawapan Rasulullah bagi? Baginda kata. nak berhenti buat maksiat. pertama sekali. jangan sesekali berbohong. sahabat pun pelik, alah. macam simple je bunyi syarat dia kan. then setiap kali dia cuba nak dekati maksiat. dia akan teringat. bagaimana kalau nanti ditanya oleh Rasulullah s.a.w. adakah aku sudah berhenti melakukan dosa-dosa, apa patut aku jawab. patutkah aku menipu sedangkan Rasullullah meletakkan syarat bahwa aku tidak boleh berkata dusta. disebabkan taknak berbohong dengan Rasulullah. sahabat ni berjaya berhenti dari melakukan maksiat.

nampak tak? daripada sebuah penipuan tu, begitu besar impak dia kepada manusia. dan dengan berkata benar sekalipun pahit. juga mendatangkan kesan besar pada diri kita.

mungkin aku ni bukan seorang yang penyabar. mungkin perangai ini ikut perangai abah. disebabkan itu bila aku terpaksa berdepan dengan sesuatu yang aku cukup pantang. maka aku akan jadi keras hati. aku tak memilih dalam soal ini sekalipun yang menipu tu mungkin kawan baik aku sendiri. aku tak kisah orang maki aku depan-depan. paling tidak pun aku boleh maki dia balik. tapi aku lagi kisah pada siapa yang menikam aku dari belakang. walau apapun alasannya. kalau kau anggap aku kawan. seharusnya kau takkan pernah merancang untuk perbodohkan aku.

aku bukan jenis pembenci. tapi cuma satu. aku mungkin sudah hilang percaya.


Saturday, October 16, 2010

sayang...


perasaan aku sekarang ni, berbaur. macam-macam benda nak kena setel. letih. tak larat. dan macam-macam. dah dua hari aku matikan handphone. memang tak ada gunanya aku on. pasti tiada panggilan penting mahupun panggilan manja. haha!

sedih dan rindu bila dia berpergian ke South Korea. 3 bulan adalah tempoh yang lama. sudahlah sebelum pergi, ada berlaku salah faham. memang salah aku pun mencabar kesabaran dia. sekarang padan muka akulah. apa yang sedihnya. mata aku ni cepat je nak berair bila kenangkan dia. apasal ntah sedih sangat.

untuk elak sedih, aku pergi bekerja. sibukkan diri. letihkan diri. jumpa orang. jumpa kawan-kawan. tengok movie cerita kelakar. sebenarnya aku benci bila terpaksa berdepan dengan keadaan camni. letih handle perasaan. memang aku tak sekuat mana.

mungkin lepas 3 bulan ni semuanya akan baik-baik saja. doakan ya.


Sunday, October 3, 2010

saya kena matang dalam sebuah hubungan..


turn to be childish. why.why.

memang dulu aku pernah wish, aku harap akan ketemu seseorang yang sedemikian. sebab aku rasa aku sesuai dengan sejenis yang seperti ini. then now bila dah jumpa. aku tak kuat ke nak hadapi?

because Im a girl.

tiba-tiba aku teringat dia cakap. ex-gf dia pernah kata. ex-gf dia curang sebab kurang kasih sayang. then dia rasa sangat bengang bila seorang perempuan bagi reason macam tu. then now I know why that girl bagi reason camtu. sebab dia memang busy-busy-busy!

bukan ke selama ni aku tak suka komitmen terlampau?. aku tak suka make call or bergayut selalu. tak suka everytime kena mesej and in4m semua perkara. tak suka dan tak suka. !

mungkin ini ujian. macam mana yang aku nak. now Allah uji. sebagaimana dia busy. aku pun kena busykan diri. aku bukan seorang yang manja dan mengada-ngada. yes. aku memang ego tinggi. kalau dia call pun aku akan kata. "haaa, you nak apa ni call I...".

busy nya dia, sampai tahap akaun Facebook pun dia tak ada. life dia kerja-kerja kerja. memang. dia ada kata apa guna bercintan-cintun sakan tapi masa depan tak tentu. dia nak masa depan dia dengan someone he loves clear.

ok. bukan ke itu satu benda baik?

I trust him. dah lama kan aku kawan dengan dia. dah masuk 5 bulan. takkan aku tak faham-faham?.

mungkin sebab sebelum ni di tahap kawan. tapi lepas dating hari tu, perasaan aku dah jadi lain serius! aku dah mula rasa. hey. kenapa You buat perasaan I jadi camni?. dan aku dah mula takut. what of if one day I lost him?. how could I stand?

dah lama dah aku tak punya perasaan macam ni. and suddenly it comes again. aku rasa takut untuk lebih serius kerana takut untuk menghadapi kehilangan. rasa sesak dada. susah kan?

I miss him badly. semua kenangan sejak mula kenal dia hingga last time we met asyik menerawang di minda aku, then sebab ego tinggi. I wont let him know that Im being crazy like this. Lol..

haha. tak pasal-pasal you all kena baca luahan hati aku ni. siannnnn..!






Monday, September 27, 2010

aku lihat ada bahagia pada senyumnya


tapi kenapa. hati aku terasa pedih?

aku tidak akan menangis. cukup-cukuplah. dia adalah episod masa lalu. episod hidup dia kini adalah di sisi insan lain.

begitu susahnya mengubati hati. bertahun-tahun. sakitnya masih bersisa. benarkah masa ubat segala?

Tuhan, berikan aku ketenangan dan kedamaian perasaan, kekuatan jiwa dalam manghadapi ujianMu yang satu ini. Amin

Tuesday, September 21, 2010

bukan pendiam tetapi perahsia.


hai kawan-kawan. lama dah kan tak update blog ni. dah bersawang sana-sini. aduhaii. meh. meh kasi bersih sket. kita update dengan 1 entry. ok.

now. Im in love.

cakap pasal cinta ni tak boleh canang satu dunia. sebab nanti orang kata kita nak buat gimik lakukan blog. padahal tak pun. yelah, pendapat orang memang berbeza-beza.

bukanlah jatuh cinta dengan lelaki. tapi jatuh cinta terhadap sebuah perjalanan kehidupan. apa yang aku hadapi saat ini. aku jatuh cinta kepadanya. iaitu episod kehidupan yang sekarang. ya. aku punya banyak masalah. aku hadapinya. aku yakin Allah akan bagi jalan.

aku tidak mahu bersusah hati, malah tidak mahu sesiapa berasa susah kerana aku. jalan hidup ini. aku mampu menghadapinya sendiri. rakan serumah aku pernah bagi email kat aku. haa. pelik tak rakan serumah send email?.

dalam emailnya berkata, aku ini kadangkala terlalu mengasingkan diri. terlalu berahsia dan senyap sunyi. lebih tepat lagi. 'misteri'. ya. bukan seorang dua teman rapat yang cop aku sebagai insan misteri.

walaupun aku bukan seorang pendiam. malah sebenarnya ramah. tapi aku bukan seorang yang akan share hal peribadi with anyone. kalaupun aku bercerita pada somebody. mustahil ianya berkisarkan 100%. paling banyak. 60%.

kalau satu hari nanti Allah beri aku cinta hati. (mudah-mudahan). aku mahu dia mengerti bahwa aku tidak akan berkongsi dengannya tentang semua rasa hati aku. sungguh. ianya hanya aku dan Allah jua yang tahu.

pada emak. abah, kakak mahupun adik beradik. mereka melihat aku sebagai seorang yang ramah tamah. makan hati memang jauh sekali. sebab aku selalunya tidak kisah.

aku hanya punya satu impian. aku mahu kembara sejauh mungkin. tapi aku tahu aku tidak boleh mengembara sendirian kerana aku seorang perempuan. maka muga Allah dengar harapan aku ini. dapat melengkapkan episod kembara. dengan seorang teman sejati. Amin.




Wednesday, July 28, 2010

errrrrrr.....real date?

ok, kat sini nak cerita lebih sket pasal blogger lelaki yang aku jumpa Sabtu lepas. kalau u all baca blog aku lagi satu tue mestinya korang tau siapa dia..aku maals nak mention nama dia kat sini, nanti masuk enjin carian google susah pulak. wakaka.
ok. apsal sebenarnya aku gamble sangat pi kuar berdua dengan dia. sebenarnya aku memang segan pun, sapalah aku ni kan. serius segan. tapi style aku macam biasalah, konon-konon macam tak malu sangat. kahkahkah
frankly speaking, dah lama gila aku tak kuar berdua dengan lelaki. aiseh, last time tahun 2009 kowt. memang perasaan. ei," aku ni dating ke apa ni " berlegar-legar dalam otak aku. pastu boleh terfikir-fikir, ni kalau serempak ngan bebudak UM tak ke naya je aku. hakhak.
bila agaknya aku nak real date dengan pakwe sendiri. bercinta pernah, tapi tak pernah date, bila dah tak bercinta lagi dah, baru kuar date as kawan. so tak pernah merasa real date. memang bukannya aku nak sangat. ini mungkin keinginan yang datang sebab tengok orang lain dating bagai. padahal sebenarnya aku pun rimas kalau asyik dating saja. cuma itulah, perasaan nakal ni datang jugak kadang-kadang, nyampah aku.!

Wednesday, July 21, 2010

new life begin.

ok. bercerita lagi tentang kehidupan baru aku yang lebih mencabar. sumpah mencabar sangat-sangat. Ya Allah. kuatkan semangatku. macam yang anda tahu. kerja aku sebelum ini aku buat time aku semester break. dan kerja itu pun bukanlah everyday. so aku macam ada masa melepak jugak bila ada hari yang aku tak kerja. tapi kali ini, untuk this part time job yang aku buat. aku start time aku dah mula kuliah. aku ada kelas hari Selasa Rabu Khamis. maka aku bekerja hari Isnin Jumaat dan Ahad. dalam seminggu ada 1 hari je untuk aku rehat. itupun satu hari itulah juga kesempatan nak ulangkaji pelajaran dan buat assignment. pulak tu, 3 subjek yang aku ambik semester ni memang boleh tahan tough. kena banyak baca. ada test, ada presentation. ada report. minggu mula-mula ni boleh lah relax sikit. minggu depan aku rasa dah mula dah lecturer aku nak buat test. eii. harap-harap aku dapat laksanakan semua perkara dengan baik. mudah-mudahan. doakanlah.

Monday, July 19, 2010

dah mula kerja, next part time job

ok, hari ni cerita ringkas. sebab pagi ini aku ada kelas. sampai ke petang. baiklah. berkenaan tajuk. semalam adalah hari pertama aku bekerja di restoran western food kat kl central. 1st day keje, aku ambik shift petang. dari pukul 3pm-9pm. 6 jam straight tanpa break. walaupun baru hari pertama, aku tak anggap kerja aku mudah sangat boleh relax. aku bukan saja jadi runner yang hantar pesanan ke meja. tapi aku terus belajar apa saja yang aku boleh belajar tentang menu. sebab awal bulan depan ada 2 orang staf nak berhenti kerja. sebelum diorang berhenti. aku kena mahir-mahirkan diri. kalau tak aku jugak yang susah nanti. oh ya. ada sorang permanent staf reatoran kami adalah seorang 'pengkid'. ok itu nanti aku akan ceritakan untuk next update. sampai jumpa lagi. daa.

Friday, July 16, 2010

makin maju... elehhh!



aku kini semakin mahu jadi feminin. kalau dulu-dulu cuma ada bedak muka. sekarang dah makin maju sikit. sikit je tak banyak. sebab masih dalam percubaan belajar nak maju. nak jadi perempuan yang nampak matang. tapi sebab duit tu masih perlu ke arah keperluan lain. maka beli sikit-sikitlah. oh ya. tahun ini aku belikan emak n 5 adik-adik kain ela sorang sepasang dengan duit gaji aku 1st time kerja bulan lepas. teka berapa aku habis?. erm. adalah dalam 200 lebih. tu belum masuk tudung dia lagi yang aku akan beli bulan puasa nanti. tak apa. next week aku dah start kerja part time semula. n Ramadhan nanti aku dan housemate bakal berniaga ayam golek 'free delivery' UM area. sebabkan semester ni kami serumah dah tak ada dapat biaya dari PTPTN mahupun JPA sebab ini adalah semester extend. maka kena usaha sendiri 'cari makan'. Its good you know!

new tali pinggang.

ini imej hiasan yang di google.




ini imej dari kamera penulis.



sekarang ni macam trend perempuan pakai tali pinggang besar. maka aku pun lama-lama jadi nak ikut trend. tak. tak. sebenarnya bukan sebab nak ikut trend, tapi nak try. eh. padahal sama jelah kan. itulah yang di dalam gambar, the new tali pinggang cap ayam. dengan harga 12 ringgit sahaja, berjaya aku cari yang paling murah sekali di Times Square. paling banyak mereka jual dengan harga 25ringgit. so kena pandai2la cari. tali pinggang sejenis macam ni banyak sangat ada kat Sg.Wang dan Times Square. macam2 pattern ada jual. tapi nak cari yang berkenan agak sukar. aku suka sangat warna putih atau krim. tali pinggang ni sesuai pakai dengan baju yang kembang-kembang sket ala-ala gaun. atau pun pakai dengan cardigan labuh macam dalam gambar pertama tu. nak cari cardigan yang murah ada jual kat masjid India dekat-dekat dengan Mydin. dalam 30-35 ringgit. eh, tiba-tiba blog ni bercerita pasal info shopping murah pulak. hahahah!



Wednesday, July 14, 2010

memasang Nuffnang.

ok. ini mahu kasi tahu. kini blog ini sudah bernuffnang, sebenarnya bukan nak sangat letak iklan sebab duit. lagipun macam you all tahulah. iklan nuffnang susah nak berjaga. aku yakin income dia pun nanti bape sen sangat je bleh dapat. aku pasang nuffnang di blog ini sebab aku nak tengok jumlah pelawat blog ini setiap hari. mangga ads tu tak dapat nak reveal pasal statistik visitors. so everytime aku update blog aku macam tertanya-tanya ada ke orang nak baca blog personal aku ni. untuk pengetahuan. blog ini aku tak ada letak mana-mana local blog kat sidebar, blog ini juga tak ada follow mana-mana blog lain. aku memang buat blog ni untuk 'suci' daripada benda-benda tu. and aku nak ucap terima kasih sangat pada yang follow blog ni dan baca story behind my hazel eyes. macam yang anda tahu. ini adalah blog kedua. yang aku tak bagi adik beradik atau sedara aku baca. malah housemate juga tak tahu blog ni. disini aku nak menulis dengan bebas. so terimalah penulisan disini apa adanya. and again. terima kasihhhhh!

bercinta dengan rekod yang baik.

dalam sesebuah hubungan percintaan, kesudahannya memang belum pasti. siapa yang boleh menduga jika cinta itu bakal berakhir. oleh sebab itu. sebagaimana hati pernah suka, pernah sayang, pernah jiwang. kalaupun tak dapat dikekalkan. cubalah sedaya mungkin untuk menjaga rekod percintaan itu dengan baik. sekurang-kurangnya, apabila dikenang kembali. "oh. bekas kekasihku itu seorang wanita yang baik, cuma jodoh kami tiada".
usah meninggalkan rekod buruk walau hati berparut luka. anggap ia 'value' diri sendiri. tidak dikenang sebagai bekas kekasih yang bertukar menjadi sang singa tatkala cinta berakhir bahagia. redha dan ucapkan yang baik-baik saja untuk si dia, walaupun pengakhiran itu berpunca dari hatinya yang beralih arah. biar satu hari nanti dia tahu. kita ini punya 'nilai' yang bukan baiknya kerana hubungan cinta. tapi kerana peribadi adalah begitu.
perpisahan bukan bermakna kebencian harus ditonjolkan. sekalipun kesal dan marah. jangan malukan diri sendiri dengan nista dan dengki. Allah Maha Tahu tiap-tiap sesuatu yang berlaku.

Monday, July 12, 2010

bila cinta ini...tak lagi bermakna

bila putus cinta, bila ada hati yang beralih arah. aku selalu tertanya-tanya, "apa kurangnya aku?". betapa sukarnya menggenggam sekeping hati. walau sedaya upaya menggenggam kemas, tapi akhirnya terlepas juga melalui celahan jemari. mungkin hati yang digenggam itu, mencair seperti air batu. rasanya sejuk, tapi menyakitkan.
lemahnya aku pada pujangga yang manis berkata-kata walhal itulah umpan yang hanya sekadar meraih percaya. longlainya lutut tatkala menerima hakikat bahwa cinta itu tidak kekal malahan surut dimamah waktu. betapa gagah aku mencuba, tetap lemah tiada terdaya menahan titis airmata.
pada kalimah cinta yang pernah terlafaz itu aku terima. sekalipun ia pergi, aku tetap di sini. memohon pada Ilahi. Ampunilah aku, Kasihanilah aku. semoga sekeping hati ini sekalipun sepi sendiri. redha aku tidak bertepi.

Tuesday, July 6, 2010

income 25 hari bekerja part time :- RM 1200

biarlah aku bercerita di sini tentang pengalaman aku mendapat 'hasil pertama' dari titik peluh sendiri. aku bukan bekerja secara online, bukan juga jana pendapatan dari rumah, bukan log in facebook dapat seratus. bukan meniaga MLM, semua pun bukan. tapi aku bekerja part time secara keluar dari rumah.
masa mula-mula cari kerja, aku macam ushar-ushar kat kedai-kedai, isi borang kat Guardian, isi borang kat MPH. tapi sayangnya. tidak juga berhasil setelah menunggu hampir dua minggu. tapi tak apa. jangan give up awal sangat dan seterusnya balik kampung. itu boring. harus usaha cari lagi peluang lain. yakin pasti ada.
akhirnya aku menggoogle peluang part time di internet. kalau tak silap di asia part time. dan disitulah aku 'bertemu jodoh' untuk meng'apply' part time sebagai event crew sesebuah exhibition. aku perlu attend interview di setapak, dan menjalani training selama 4jam. exhibition pertama yang aku join adalah SMIDEX di klcc. dan itulah pertama kali, aku 'menservis' orang awam.
kerja aku bunyi cam simple, serve visitors yang datang event. guide diorang isi borang untuk daftar masuk sebagai pengunjung, paling senang, ask for their bussines card, dan tolong staple kan je pada borang. kenapa? sebab sometimes handwriting mereka 'sukar dibaca'. maka bussines card tu akan memudahkan kerja our typist.
kenapa mesti isi borang?
sebab ini trade exhibition. organizer nak tau details pengunjung dia, kerja apa, company apa, bidang apa. sebab itulah khidmat kami diperlukan. tapi tugas aku yang nampak cam mudah ni, susah dia adalah aku kena berdiri selama hampir 9 jam serve visitors. tolak bape minit waktu makan tengah hari dan solat. itu saja. lagi satu, kena layan visitors politely walaupun kadang-kadang banyak ragam. bab tu, mentally must be strong. sebab adakalanya. visitors macam nak membaham kau. hahahaha! aku dah rasa dah.
aku dah kerja untuk Smidex, Mihas dan Archidex. 3 hari+5hari+4 hari. total 12 hari, dengan income sebanyak rm890! ok. lagi 13 hari tuh, aku kerja part time as promoter 6 jam sehari kat Jusco MidValley, kerja ni pun aku dapat melalui internet web mudah.my. aku cuma dibayar 4rggt sejam, tapi keja dia sangatla senang. cuma tulis bil kat resit setiap pembelian pelanggan. 13 hari kerja, income RM310. sabtu ahad, keja 8 jam.
ok, memang income aku 1200rggt. tapi kau fahamlah bahwa ianya bukanlah bersih, tolak belanja makan aku hari kerja, tambang lagi. dalam 25 hari tu makan belanja hampir 300 gak. ok. itu normal. tak payah merungut, at least aku berbangga, dapat cari duit sendiri dan tidak lagi meminta duit dari parents, walaupun aku belum betul-betul habis blaja.
memang itu mahu aku. berhenti dari bergantung pada orang lain. kerna aku yakin, aku memang sudah benar-benar dewasa.

Monday, July 5, 2010

eksperimentasi Mangga Ads

iklan Mangga Ads dipasang di blog ini sejak 14 June '10. seperti yang aku in4m before ni, ianya macam sejenis eksperimen, nak tengok sejauh mana bagus tak bagusnya Mangga Ads ni, ermm. lebih kurang 3 minggu, barulah ia 'membuahkan duit'. yelah, aku update blog ni pun jarang-jarang, sebulan cuma 5 kali. jadi sepadan la dengan hasil yang dituai. lagipun blog ni memang tak ramai yang tahu. yang tahu tu tahulah, yang add aku kat network mangga ads pun tahulah juga. heheh
semalam aku cek report dia, ecpm aku ada 1.36sen. wah, aku pun macam hepi la kan. sekali cek hari nih, dia jadi berkurang ke 0.68sen, Aik! boleh pulak dia berkurang macam main tarik tali. aku pun musykil la sorang-sorang. ecpm Mangga Ads ni boleh jadi macam yoyo pulak rupanya. sungguh tak sangka. dan sekarang aku nak teruskan eksperimen dengan meningkatkan kekerapan mengupdate blog. kalau b4 ni 5 kali sebulan. mungkin up sikit jadi 15 kali sebulan. then lepas tu kita tengok apa jadi, dia jadi yoyo ke jadi gasing ke apa.

Sunday, July 4, 2010

komitmen berkawan.

sesuatu tentang aku dalam berkawan adalah aku mahu berkawan dengan siapa pun di tahap biasa-biasa saja. aku tidak berapa gemar untuk menjadi kawan karib yang tahap rapat gila sampai boleh share everything.
kenapa?
sebab aku percaya tahap sederhana dalam berkawan itulah yang akan menyebabkan sesebuah friendship itu kekal lama. aku taknak ada komitmen dalam berkawan. bila rapat sangat, akan ada situasi kecil hati, atau mungkin iri hati. aku tak suka semua tu, aku lebih happy kalau dalam pada berkawan, disebabkan bukan taraf karib, maka aku dan kawan akan sentiasa feel free. sama-sama 'tak kisah sangat'.
aku melihat berlakunya perselisihan besar seandainya salah faham berlaku dalam hubungan persahabatan yang sangat rapat. daripada jalinan persahabatan yang akrab, boleh bertukar menjadi benci sehingga tak mahu melihat muka satu sama lain. betapa ruginya.
kadang-kadang dalam hati masih ada rasa sayang dengan persahabatan, tapi disebabkan istilah kawan karib, kau merasakan bahwa tidak sepatutnya perkara tertentu itu terjadi dalam sebuah hubungan persahabatan yang rapat. maka ego itu lebih mengatasi segala-galanya.
bagaimana aku dapat melihat ini?
kerana ia banyak terjadi, di kalangan kawan-kawan aku sendiri.

Tuesday, June 29, 2010

percubaan bersolek.



bila dah ada sket 'gaji' daripada kerja part time nih, sebagai perempuan, mulalah. dah mula nak berjinak-jinak dengan alat kosmetik. dah mula nak beli bedak yang 'mahal' sket. tak nak dah pakai bedak silky girl harga 7.90sen. haa, selama 4 tahun kowt pakai bedak compact silky girl. punyalah 'miskin'. ekekeke! but now aku dah bertukar kepada kosmetik jenama In2It. bedak dia yang macam kat gambar tu harga dia 39.90sen kalau takde diskaun. tapi hari tu aku beli ada la diskaun 10%.
ada jugak beli dia punya eyeshadow dwicolor, pink n purple. tapi aku ni malas sket nak pakai. sebab aku tak bape pandai sangat. tapi kadang-kadang ada mengada-ngada try. sebabkan aku pun dah nak abis blaja. nak masuk alam kerja memang macam ini. bukan lah nak melawa. tapi tak nak nampak pucat je muka tanpa warna.
selama ni aku memang jenis bersiap sepantas kilat. takde nak mengadap cermin lama-lama. itu memang bukan aku la. sekarang pun aku still nak cuba bersiap pantas gak walaupun macam dah mengada-ngada sket nak bersolek. and now aku berminat nak mendalami sket bab solek-solek ni supaya hasil solekan tu 'kena' dan tak nampak macam opera cina. mungkin harus belajar dengan makcik aku ke, sapa-sapa ke yang terer. huhu


Sunday, June 27, 2010

teamwork yang hebatttt!

walaupun banyak 'dugaan' dalam melayan kerenah manusia yang macam-macam. aku tetap happy sebab adanya teamwork yang superbbb! walaupun baru sehari 'bekerjasama'. kami 34 orang dah macam kawan baik. masuk hari kedua-ketiga sampai hari kelima. rasa hubungan dah macam adik-beradik. semua macam serasi as teamwork. semua orang boleh dibawa bersembang, bergurau dan berkongsi tawa. sama ada lelaki, perempuan, melayu, india, cina. semua pun bersatu-padu melaksanakan tugas masing-masing. LOve It!
sama-sama pressure, sama-sama tension. tapi bila dah habis. kami sama-sama bergelak ketawa girang gembira. lupa dah kesemua susah payah bekerja. lupa terus lenguh kaki berdiri dari 9 pagi sampai 6 petang. lupa dah bab kena marah dengan visitors. lupa dah bab kena jeling, kena cebik bagai segala. semua pun lupa sebab ada kawan-kawan yang saling menyokong. sebab kami masing-masing merasakan benda yang sama. hanya kami yang tahu bagaimana cabarannya.
kami akan bersua lagi untuk next exhibition 1-4 July nanti. rasa tak sabar-sabar pulak. so untuk 3 hari nih. aku memamg boleh berehat sakan. boleh makan tido puas-puas dan melepak sepanjang hari. heaven gila. kahkahkah!

Sunday, June 20, 2010

sampai bila??.. selamanya.

semalam, aku dah belikan 'hadiah konvo' untuk mr.S. semalam juga, ada aku tunjukkan hadiah tu kat seorang blogger lelaki. just nak tanya pendapat. and he said ok la. actually aku rasa macam tak best lak kalau hari konvo je mesti nak bagi bunga or teddy bear. so aku gantikan ia dengan perhiasan dalam kereta yang comel. warna biru dan kuning. macam sepasang. then harap-haraplah dia akan simpan ia baik-baik. jangan bagi kat anak sedara dia sudah. hahah!
semalam call dia. dah bagitau bahwa aku tak nak datang konvo dia bulan 9 nanti. sebenarnya aku segan dengan kawan-kawan coursemate dia, parents n famili dia. lagipun time konvo. mesti cam sesak-sesak. mana lah dia nak 'berkepit' dengan aku yang entah siapa-siapa nih. so.. tetiba. dia cakap dia nak datang kl plak 4 July nanti. katanya kawan dia kawen. eleh. bagitau aku awal-awal buat apa. ada plan nak jumpa ke apa?. alahai mamat nih.
balik pada tajuk. kalau you all pembaca tegar blog pertama aku, mesti korang dah tau siapa mr.S nih. my 1st love 11tahun lalu. walaupun tak lagi in love. aku dah pernah bercinta dengan orang lain, dan dia pun juga, tapi kami still kawan baik sampai sekarang. kawan yang serasi. kawan yang aku banyak berkongsi pendapat. pasal lelaki, pasal perempuan, pasal cinta, pasal kawan, malahan pasal bola juga. hahah!
aku tak tau sampai bila aku boleh berada dalam life dia. aku pun taktau kalau destiny partner aku kelak boleh ke terima kalau aku takkan buang mr.S ni dari hidup aku. aku memang tak nampak masa depan. aku selalu tertanya-tanya. sampai bila kami boleh berkawan baik? akan ke aku jumpa lelaki yang aku boleh lebih serasi dengannya berbanding dengan mr.S. I try to find. still, He's better than. Arghh! its complicated.
dalam kepala aku sekarang, aku nak 'nikmati' masa-masa single aku dengan jayanya. dan nikmati masa 'single' dia juga dengan jayanya. sampai bila.? memang tak selama-lamanya. tapi 'kami' masih ada masa.. kan?

Monday, June 14, 2010

dah ada iklan.

salam kepada rakan-rakan.

rite now, ada nampak perubahan tak kat blog nih?. ahahaha. ok. sebenarnya this is as experiment nak try-try template design by Blogger. quite easy la nak edit-edit dia. oleh sebab blog utama tu aku malas nak ubah dia. so blog ni jadi mangsa lah. begitu jugak dengan Mangga Ads. actually tak nak letak iklan pun kat blog ni. tapi macam aku cakap tadilah. curious nak tau apa bagusnya Mangga Ads tuh. tapi oleh sebab taknak menduakan Nuffnang di blog pertama, maka kita try bubuh ads tu kat blog ni. nanti-nanti boleh tengok jauh mana Mangga Ads tu berfungsi. try n error. apa salahnya kan.
tapi template design dari Blogger yang baru ni lagi senang, tak payah edit html segala. cuma copy paste code Mangga Ads tu dekat +html gadget. save. dan siaplah. haha. banyak senang, banyak mudah. ok. now nak cerita pasal diri sendiri. Ampun. sekarang kan aku sedang kerja part time. tapi aku malas nak citer kat blog lagi satu tuh. now bila aku dah start cari duit sendiri, baru aku sedar tentang nilai duit tu. sekarang aku jadi lebih berjimat dan berkira-kira sebelum berbelanja. kalau dulu, sebab ada PTPTN, aku cuma tahu berbelanja je. sekarang ni. baru celik mata. bukan senang rupanya 'nak cari makan'. penatnya lain, tekanannya lagi. kalau tak sabar memang tak dapat teruskan. tapi demi sesuap nasi (eceh). kena gagahkan diri jugak. GAGAH lah daku. GAGAHLAH!
p/s: bertahan selagi mampu. terima kasih Allah.

Monday, June 7, 2010

dunia kerja

hi semua,


dah masuk bulan jun rupanya. sangat pantas kan masa berlalu. makin hari, kita makin tua, maknanya umur pun makin singkat. walaupun begitu, kena gak isi kehidupan ini dengan benda-benda bermanfaat. nak usaha, nak kerja, nak capai impian, nak beramal soleh, kat dunia ni jek. kang bila Izrael dah cabut nyawa. takda lagi dah peluang. cakap pasal kerja. minggu lepas adalah kali pertama aku masuk bekerja. huh. bukan senang rupa2nya bekerja jumpa orang awam nih. seteruk mana kerenah diorang, kita tetap kena bagi senyuman paling manis. tapi itulah kan, selagi kita tak masuk dunia kerja. kita takkan tahu bagaimana dunia kerja. kita kena patuh dengan orang atasan. jangan melawan. jangan wat muka protes. semua tu memang pengalaman. its precious! nasib baikla aku cuma krew part time. and event-event camni pun bukan selalu. kalau tiap-tiap hari, boleh pengsan kowt. haha!
anyway. akan datang. untuk kerja tetap, aku taktau lagi nak kerja apa. aku tak minat sangat nak pergi kerja pagi n balik lewat petang tiap-tiap hari. kalau boleh aku nak kerja sendiri, huhu. doakanlah hasrat aku tercapai. hehe

Thursday, May 20, 2010

ada orang, dia bahagia dengan kejatuhan orang lain.

ok. hye. hye. ada orang tak? haha. apa kes ni meninggalkan blog ini begitu lama. haaa. terbahagi kasih ke?. wakaka! baiklah. ini hanya nak bebel-bebel sajalah. walaupun mungkin takde orang baca pun. but this is my record. aku akan baca balik di masa akan datang. ngeeee! inilah kan. pasal isu hentam-menghentam blogger sudah kembali hangat. yang buat entry mengutuk tu satu hal. yang lauk tambahan pun satu hal. aku tak kisahlah kalau yang tak puas hati tu guna ayat berlapik sket. berhemah sket. but tolongla berhemah. walaupun kenyataannya kau tu memang tak berhemah langsung, tak yah kot nak tunjuk yang kau tu telus sangat. telus mengutuk buat apa?. buat dosa lagi ada. janganla sampai mencarut. ianya sangat.. sangatla disgusting. seyes!
manusia memang banyaknya macam ini. dia jaga sangat tepi kain orang. dia teliti salah silap dan kekurangan orang, tapi dia lupa nak jaga tepi kain sendiri. lupa nak nilaikan diri sendiri. perasan hebat. bila mengutuk orang. rasa gah bangga gila kembang hidung sebaket KFC. tak puas hati. tak puas hati. tak puas hati. tang tak puas hati tu bukan ke datangnya dari perasaan yang jahat. dan bukan akal fikiran yang waras. haa, baguslah. bagi la syaitan menang menguasai diri, buat geng mengutuk ramai-ramai. kalau bleh pasang sepanduk lagi bagus. kutuk lagi banyak-banyak. dah banyak pahala mungkin. nak tambah saham dosa plak. jangan lupa bai. dosa dengan manusia ni. kalau tak adapat keampunan. kau heretlah bertan-tan beban kat akhirat sok. mengumpat guna mulut itu dosa. mengumpat mengutuk dengan penulisan pun dosa. kang kat akhirat jari-jemari jadi saksi. jangan lupa tuh.!

Sunday, May 9, 2010

stress!

oh!

geramnya. jajan roller coaster kegemaran aku boleh hilang. adakah tertinggal dalam teksi. ishh. cincin kesayangan aku pun hilang. ya ampun. stress nya! benci-benci! cincin tu walaupun harga dia cuma 20 ringgit, tapi itu lah dia perhiasan paling lama bertahan dengan aku. ahhh. sedih gila tahap gaban. sedihhhhhhhh! ni tak pasal-pasal aku stress. aku stress lah. benci siottttt!
lepas tu kan. aku macam, nyampah gila dengan Forum kat GB. tajuk thread 'kenapa pempuan malas mandi. bahaskan'. apa punya IQ la suruh bahas tajuk macam tu. lepas tu buat thread tu macam apa ntah setiap komen di balas satu-satu. eii. seyes aku nyampah meluat tolonglahhh!
bila aku tanya hala tuju thread tu, di jawab 'untuk suruh supaya orang semua rajin mandi'. kepala otak dia berjambulll! muntah lah aku dengan benda2 macam ini. orang lain mandi ke tak ke itupun kau nak sibuk bahaskan. haish. aku ni kat UM selalu berhadapan dengan amoi2 yang tak mandi bluek.bluek. tapi sori la takda masa nak bahas bab nih. depa nak mandi ke nak terjun lombong ke. depa punya hal. aku tak campur.
haishhhh! semua benda menjengkelkan. menyammpppaaaahhhhhhhhh!

Monday, May 3, 2010

dialah di hati.

salam,

boleh tak aku nak anggap blog ini sebagai coretan peribadi?. habis blog pertama tu bukan peribadikah?. owh, susah nak jadikan ia peribadi kerana ramai orang terdekat yang membaca. luahan pun kena tapis. but for me, this blog akan lebih telus. boleh meluahkan dari hati sanubari. eceh. geli gila. tadi kan kat exam hall. memang tak henti senyum. mana taknya. 30 minit b4 exam. dapat mesej gudluck sekali lagi, walaupun malam tadi dia dah wish gudluck n pesan macam2. tapi masih tak lupa nak wish untuk pagi ini. happy! dulu. aku selalu berharap we all akan berkesudahan baik. dan bukan sekadar kawan baik sahaja. dah memang aku sukakan dia sejak sekian lama. really. susah nak hapus rasa suka. 2 tahun lepas masa dia break up dengan awek dia. punya lah aku happy gila. masa we all dating kat melaka dulu memang moment terindah in my life. tapi entahla kan. kadang-kadang dia bagi sign then aku macam buat tak reti, then bila aku bagi sign dia plak macam ego. last2 aku fed up gak. then masing2 terima orang lain. dan sekarang bila aku problem dengan lovestory aku yang 'tak berapa indah' ni. hanya dia saja yang berada dalam otak aku. dan dia juga. kenapa macam tak berapa confirm dengan coursemate dia tu. oh mai God. kalau lah dia membaca ini. Dushh!
~puteribiru~

Sunday, May 2, 2010

bebal

salam.
stop crying! haha. sometimes kan. aku rasa benci pada diri sendiri. letih kot menangis. bukan cengeng. tapi sebab aku tak ada cara lain untuk lepaskan. bila aku berlagak macam strong. aku ketap gigi kuat-kuat. pejam mata. tarik nafas dalam-dalam. cuma satu yang aku terbayang. iaitu aku berada di tempat yang jauh. sendirian tetapi bahagia. kadang-kadang aku fikir balik. pernah ke aku melukakan perasaan orang lain. so kenapa mesti aku. kenapa tergamak melukakan hati aku. bila aku cakap aku benci lelaki. then you all kata sikap negatif tak baik untuk kesihatan. so why?! kenapa mesti aku?. saat kau berpaling dari aku. pernah kah kau fikirkan. siapa antara kita yang memulakan ini. tapi aku juga yang bebal. kenapa dulu, aku menaruh percaya.
~puteribiru~

Saturday, May 1, 2010

senyum tawa.

wah. rasa macam hebat bila ada blog baru. blog baru tapi penulis lama dan pembaca pun yang lama juga. macam sangat fun. (senyum). err. kebelakangan ini memang jarang bersenyum. asyik menangis cry me a river. sebab itulah nama url pun nak ada cry-crying jugak. hahaha. hati menangis tak siapa yang tahu. eceh.tetiba*. begitulah. kehidupan memang macam ini. hujan panas silih berganti. tawa tangis macam rencah. apapun. tetap syukur. tangisku walau tidak didengar. tapi ada yang peduli. terima kasih kepada kamu yang membaca. bukan senang untuk mencari teman sejati. macam mencari permata dari celahan kaca. dalam banyak yang hadir. akan ada yang bersinar-sinar. err, dan si kaca pula. sudahlah memancarkan sinar palsu, malah melukakan dan menyakitkan. huh.
~puteri biru~

Friday, April 30, 2010

hi all

salam semua,
blog ini. adalah buat kamu pembaca yang sudi meninggalkan alamat email di blog pertama saya.
terima kasih kerana sudi menjenguk blog kedua ini. saya melakukan ini adalah demi menghargai readers di blog tersebut.tidak perlu menghebahkan kewujudan blog ini. kerana saya hanya ingin menulis senyap-senyap sahaja tanpa gangguan mereka yang asyik menjadi stalker demi memburuk-burukkan nama saya. sekali lagi. terima kasih atas sokongan anda.
-puteribiru-
http://smallgirlcrying.blogspot.com