Tuesday, March 29, 2011

kita takkan miliki segala-galanya


semua manusia yang beriman itu diuji. hari ni kau dapat kemewahan, kau akan kekurangan nikmat yang lain pula. Allah Maha Adil. hari ini kau rasa kau susah, tapi masih ada yang sayang. syukurlah.

kau rasakan percaturan hidup ini amat payah. tapi dalam episod hidup ini Allah temukan kau dengan tulus kasih manusia yang mahu memberi.

dimana engkau hampir tersungkur, kecewa, menangis saban hari. Allah titipkan kasih sayangNya melalui insan berbudi. yang tahu engkau asal usulnya. yang terima engkau apa adanya.

di saat engkau dicemuh dan difitnah dengan tuduhan tak berasas, Allah kurniakan engkau peneman yang dengar engkau tentang seribu satu kisah.

kisah kau dan dia yang berbeza jalannya. tapi engkau melengkapi dia, dan dia melengkapi engkau. tangis tawa engkau senyap sunyi kini ada pendengar. jangan gusar. hati yang ikhlas akan temui jalan kebenaran.