Tuesday, March 29, 2011

kita takkan miliki segala-galanya


semua manusia yang beriman itu diuji. hari ni kau dapat kemewahan, kau akan kekurangan nikmat yang lain pula. Allah Maha Adil. hari ini kau rasa kau susah, tapi masih ada yang sayang. syukurlah.

kau rasakan percaturan hidup ini amat payah. tapi dalam episod hidup ini Allah temukan kau dengan tulus kasih manusia yang mahu memberi.

dimana engkau hampir tersungkur, kecewa, menangis saban hari. Allah titipkan kasih sayangNya melalui insan berbudi. yang tahu engkau asal usulnya. yang terima engkau apa adanya.

di saat engkau dicemuh dan difitnah dengan tuduhan tak berasas, Allah kurniakan engkau peneman yang dengar engkau tentang seribu satu kisah.

kisah kau dan dia yang berbeza jalannya. tapi engkau melengkapi dia, dan dia melengkapi engkau. tangis tawa engkau senyap sunyi kini ada pendengar. jangan gusar. hati yang ikhlas akan temui jalan kebenaran.


Tuesday, February 8, 2011

sebuah pengakuan..


I love my dad!

aku harap aku berjaya menjadi seorang anak yang baik. yang seperti abah aku inginkan. abah. I love You.!

yes. dalam hidup ni kita takkan berjaya kalau kita ingkar pada orang tua kita. dalam pada keras hati. aku akur. abah adalah yang terbaik. merangkumi segala-galanya. aku harap Allah mudahkan urusan aku. menjadi seperti apa yang abah inginkan.







semalam aku termenangis. sebab skandal aku bagitau dia akan menikah bulan 10 nanti. hey. why la. kenapa aku sedih pulak. dia memang bukan boyfriend aku n aku sendiri maklum dia memang dah ada gurl. kalau you all tanya apa itu skandal. jawapan dia 'teman tapi mesra'. kadang ada masa aku tengok dia main bola. n aku just suka main rambut depan dia. sangat sweet! yes. beliau seiras dengan pelakon sinetron Sejuta Cinta Marshanda. -Baim Wong-.

aku bukan penyibuk. bukan kacau daun. atau segala yang negatif itu bukan aku. aku tak niat nak jadi orang ketiga ke apa. itu bukan sama sekali tolong faham. aku cuma happy bila dengan dia and aku tak harap lebih dari itu. malah aku doakan dia bahagia dengan gurl dia dan aku sendiri pasti akan menghadiri majlis mereka nanti. aku tahu ini berbunyi complicated dan macam aku ada masalah. please faham. aku okay sebenarnya.

aku cerita kat sini sebab aku rasa aku nak meluahkan. aku tahu aku memang sukar dimengerti. padahal aku tak mintak jalan cerita yang kompleks macam ni. mungkin aku kena pindah rumah cepat-cepat dan menghilangkan diri. errr. mana aku nak lari?




Monday, January 24, 2011

corat-coret-cerut..


minggu ni aku bakal pulang ke kampung... dah dekat 3 bulan tak balik kampung.. kawan aku kata, jangan jadi si Tanggang boleh?.. giler hangit dia punya perli.. cilake tol.

ada ke patut ingat aku ni anak derhaka. hampes punya kawan. tak apa. kawan lelaki memang selalunya bermulut longkang. kau sabar ajelah. Hahaha!

sebut pasal kawan. biar bermulut longkang tapi terus terang. dari yang zahirnya tulus tapi hati berbau, kalah hanyir ikan.

kawan lelaki ada kata, kawan perempuan ni leceh. sometimes I have to admit it. kawan perempuan ni. kerja nak jaga hati perasaan dia ja. abis hati aku ni ada kau kisah?.. pelik! kita tak buat salah kat dia pun dia tetap nak kata kita susahkan dia. apa punya kawan perempuan yang so complicated macam neyh?.

percaya tak?.. sebab kawan. aku tutup blog? sebenarnya FB pun aku nak tutup. tapi aku jumpa jalan lain. remove ja kawan tu. HAHA. terasa menang jugak la. kehkeh

tipulah kalau aku kata aku tak sayang blog utama aku. bulan februari ni genap 2 tahun. 14 bulan dengan Nuffnang aku dapat more than rm300. taktau la. aku sayu sangat everytime aku bukak web nuffnang. tengok cuma blog ni je ada analitik. pergh. macam nak mengalir air mata wa cakap lu.

dah 8 hari blog utama tu ditutup. yep. aku sampai hilang minat terhadap sebarang penulisan blog. baca blog orang pun aku dah kureng. nak komen blog orang apatah lagi. memang dah hilang arah sebagai blogger.

apa lagi aku nak story?

oh ya.. aku banyak hutang budi dengan adik aku yang blaja nurse tu. semalam dia belanja tengok wayang n makan pizza hut. habis 60 ringgit kot. aku rasa total dia belanja aku kat KL ni dah melebihi total aku belanja dia masa elaun dia kena hold 3 bulan dulu. errr. aku bukan buli dia la.. nanti aku ada rezeki lebih aku belanja dia shopping. Muahaha. aku masih seorang kakak yang mithali plez percaya!..

errr. Rabu ni gwa dating. errr. nak pakai baju apa eh. Hahaha. Gelis!


Wednesday, January 19, 2011

saya masih blogger..

rupanya saya masih ada ruang menulis. hehe. walaupun saya dah hilang minat untuk menulis. tapi tak apalah. saya masih boleh menulis sekali sekala. tak. tak. saya tak sedih dengan keputusan menutup blog utama. saya anggap ini perkara biasa. datang dan pergi. thanks sebab hormati keputusan saya.

what next?..

bisnes yang saya baru start ni agak memeningkan jugak. aduhaiiiiii. saya tak akan give up. saya akan terus berjuang. saya kena kuat semangat.

oklah. itu je. bye.

Tuesday, January 4, 2011

padaMu ku bersujud..

aku terima call semalam. penjelasan (kononnya....) atas apa yang berlaku. Ya Allah. petunjuk dariMu amat aku syukuri. betapa kalau Allah nak tunjukkan jalan. memang sekelip mata sahaja. tanpa perlu bersusah payah, Allah tunjukkan pada aku kebenarannya.


tiba-tiba aku rasa macam aku berlakon dalam sebuah drama. bersama pelakon yang sangat hebat. aku gelak sendiri. sebab ini adalah realiti. aku mungkin seorang gadis bodoh?..


" I tak bahagia pun, kami tak serasi...I stress sangat. plez understand..I mintak maaf sebab tipu You selama ini... "


aku sempat save beberapa gambar mereka. yep, accidentally I found his personal Facebook. padahal langsung tak ada mutual friend antara kami. dari gambar profile yang begitu kecil dekat ruangan komen ntah siapa-siapa. I can see, Its him. and yes. Im shocked!


moga Allah ampunkan dosa aku selama aku kenal dia sebelum ini. aku tahu ini adalah petunjuk Allah. dan aku sangat bersyukur. aku tak menangis pun. aku cuma terimbau balik how it begin, and how it grows. and finally. I found the truth. Subhanallah ya Allah.



p/s: padaMu ku bersujud..




Wednesday, December 22, 2010

cerita dalam novel semua auta..!


aku taktau nape aku boring sangat hari ni. mungkin sebab sedang jauh ngan buah hati. eceh. jiwang~.

tengok kiri tengok kanan. eh. ada novel. ermm. novel ni aku dah baca dah dulu. hari ni. aku sengaja selak muka surat dalam dia randomly. Oh!..

aku baca muka surat itu hampir separuh. aku tutup balik. geleng kepala. dan tanya diri aku. macam manalah dulu aku boleh khatam baca novel ni. seingat aku. masa aku baca novel ni. memang feeling habis-habisan tahap dewa. sampai aku menangis berjuraian air mata air hingus. macam.. macam bodoh gila plak aku rasa.

bukankah jalan cerita dalam novel tu totally nonsense.?

tapi bab cerita tentang keegoan lelaki dalam sebuah novel. yang itu aku percaya. sebab aku dah jumpa lelaki yang sumpah egois. tapi aku masih memandang lelaki itu sebagai lelaki yang macam perfect. padahal dia sungguh menyakitkan hati. pheww!

dia yang pernah bertakhta, aku semakin pasti bahawa dia memang cuma masa lalu yang sementara. walaupun aku pelik kenapa dia datang balik dan menggugat perasaan aku lagi. still, we cant go further. tak ada jalan. enough said.

semalam. (mungkin kali terakhir jumpa dia dan aku harap tak ada lagi perjumpaan selepas ini). 1st time aku nampak dia dengan baju kerja. kemeja lengan panjang belang maroon hitam. tuck in. neck tie yang dah dilonggarkan. dengan berkasut kulit. plus his fragrance. n driving his new Honda City. OMG! cair sebenarnya tapi control beb!

sematkan dalam hati aku. dia ni bukan sesiapa lagi. bukan sesiapa lagi. please jangan cair dengan dia please.!!!

see. now aku sedang bercerita pasal dia sebab dia memenuhi ruang minda aku untuk masa sekarang. ampunnnnn!. tolonglah 'kanda' di Penang pulang segera...pulang segera...!

end up. dia pesan. "hope ur new bf jaga u dengan baik. take care..."






p/s: siapa pula gerangan bf baru saya?....

Wednesday, December 15, 2010

dingurat di Facebook.


kembali mencoret disini. hye kawan-kawan.. =)


saja ni nak cerita sket, baru-baru ini menerima salam kenalan dari seorang rakan Facebook. actually dia adalah rakan sekolah yang dahulunya tidak sempat aku kenal. maklumlah. sekolah agama. mana ada masa nak kenal kaum Adam. zaman-zaman begitu nerd. zaman-zaman hati masih suci bersih.

lelaki ini, konon-konon nak kenal dengan aku. tapi beliau begitu direct. dia kata dia berminat nak kenal. and so on. ajak aku jumpa. sama ada dia sponsor aku turun Port Dickson, atau dia boleh datang KL kalau aku free.

aku tanya, kenapa nak kenal ngan aku. dia cakap, apa salahnya. awak ni cun, single lagi. jap aku gelak dengan jawpan dia. then aku tanya balik. bila masa plak aku kata aku ni single. bukan ke relationship status aku kat FB tu adalah in a relationship.

then dia kata, Aaaaaa, sejak bila status tersebut bertukar??

dah lama kot bertukar, sejak raya puasa lepas lagi. Ceh. rupanya dah lama duk ushar aku kat Facebook. lol.

aku cakap kat dia. walaupun dia suka aku, tapi aku suka orang lain. then dia kata tak apa. kalau nanti aku reject dia pun still tak apa. dia nak jumpa aku nak spend masa sama-sama satu hari. Huishhh!

ni skang dia duk usaha pujuk aku supaya ada masa free bulan ini. aduhai.

susah nak aku kata kat dia directly yang aku kalau boleh tanak jumpa dia. ntahlah. aku tanak kecewakan orang. memang dia kata tak apa. tapi manusia ni bai. mana kita nak tahu hati dia kan. kot one day nanti dia mandrem aku ke. mampuih!


Saturday, December 11, 2010

they love me, but i love only you..


then, what should I do?

hari ini dia membatalkan our date, mesej me pagi-pagi. " sorry dear, really cant make it today. I ada emergency kena balik perak pagi ni..next time k..".

padahal malam tadi aku dah membayangkan suasana bangun pagi yang sangat riang for today sebab dapat keluar dengan dia. Damn. macam nak menangis. then I just reply him, "Okay..".

when he said about next time.. itu maknanya next weekend. only weekend dapat tengok muka dia. not really weekend la. sebelum ni pun bape kali cuma dapat jumpa malam Sabtu yang tak berapa jam tu. nak spend masa the whole day memang mimpi.

maka hari aku terus berubah seribu wajah. tak ada mood. baik-baik bangun pukul 7.30 pagi. terus sambung tido sampai pukul 10 pagi. macam separuh jiwaku pergi. masih tak makan apa-apa pun. selera aku tak ada.

dah lama kami tak berjumpa sebab our relationship ada masalah sebelum ini. punya complicated masalah tu aku susah nak terangkan. but he is now coming back to me. walaupun hubungan ni masih tak jelas. tapi aku rasa hati aku cukup jelas.


and by this time. aku ada terima beberapa offer. get invited to own their heart. what is all this?



I just love him. fullstop.






Friday, December 10, 2010

bertaut kembali?


kalau tengok entry lepas. aku sedih gila macam tak pasal-pasal. tapi entry ni aku nak cerita pasal aku happy dapat jumpa dia sekali lagi. tak. dia masih belum tunai janji untuk bawak aku naik jambatan KLCC. tapi kami jumpa sekejap je. semalam dia janji boleh jumpa lepas kerja. tapi aku keluar awal semalam. actually aku dari rumah kawan aku yang baru kerja kat KL nih. aku malas nak balik rumah then kena siap-siap keluar balik.

so pukul 3 tu aku jalan-jalan kat kotaraya. aku memang kaki jalan kaki, u all jangan pelik sangat pasal tu. then pukul 6 aku gerak pergi Sunway. sebab janji nak jumpa kat sana. oh ya. pagi hari itu jam 11 aku bersarapan dengan kawan kat KLCC. dia kerja shift petang. dan semalam. itu satu-satunya meal aku untuk hari itu.

pukul 7 sampai Sunway sebab jalan sangat sesak. aku boleh sampai tertido-tido dalam bas, peduli apa dengan mamat kat sebelah aku ni. poyo je aku tersengguk-sengguk sampai kepala terhentak kat cermin tingkap. ni smeua gara-gara bergosip dengan kawan aku semalam sampai ke pagi. bukan gosip artis. :p

pukul 8 dia mesej aku. dia kata dia datang lewat sket ada hal. dia suruh aku balik dulu nanti dia akan datang rumah. aku degil kata tanak balik sendiri aku nak tunggu dia datang. aku memang degil. bukan je aku tanak balik sendiri malah aku tak makan apa-apa langsung. sampai la dia datang. tau dia datang pukul berapa?.. pukul 11 malam. still gak. aku kata tak apa. memang bunyi macam orang gila. tapi perilaku ini aku taktau apa punca dia. aku cuma nak jumpa dia ja. thats all.

bila dia sampai pun aku tak membebel. cuma aku banyak diam sebab penat seharian. then macam konon nak protes. ceh! perempuan kan. aku tak bagitau dia yang aku lapar. aku tanak dia kata im crazy tunggu dia sampai sanggup berlapar. padahal memang aku sengaja nak berlapar. macam nak seksa diri. aku rasa aku memang macam orang gila semalam. tak pernah kot dalam hidup aku berperilaku gila macam semalam.

aku cuma nak cerita. aku happy sangat bila nampak dia. we met less than 1 hour last nite. tapi aku hepi sangat, macam tak percaya boleh jumpa dia sekali lagi. macam terharu macam nak nangis pun ada. macam jatuh cinta. aku cakap kat dia. "kenapa I nampak u macam lain?" dan aku sendiri jawab. "maybe sebab I dah lama tak nampak You kan."



p/s: cinta itu gila!

Friday, December 3, 2010

untuk melupakan bukan mudah..


hari tu, masa keluar dengan seorang kenalan. kami makan kat bandar sri permaisuri. aku lapar hari tu. balik dari Maha 2010. seharian belum makan apa-apa lagi. sebab aku macam tak lalu nak makan nasik. dan aku taktau nak order apa. aku main sebut je char kuey teaw. bila order sampai. dan aku makan. baru aku teringat. last time aku makan benda alah ni adalah masa kat Menara Tinjau. masa aku nampak udang dalam char kuey teaw tu, aku terus teringatkan dia. masa kat menara tu, char kuey teaw tu dia punya, tapi sebab order aku lewat sampai, dia ajak aku makan sekali. dia kupas udang tu n suapkan kat aku.

Ish!.. kenapa aku sedih sangat...!

aku cuma nak jumpa dia sekali lagi. tunaikanlah janji. You nak bawak I naik jambatan KLCC tu sama-sama kan?...





Saturday, November 20, 2010

menulis itu dunia aku..


aku punya idea untuk dilontar. aku punya kisah untuk diceritakan. Ya. menulis itu dunia aku. dulu ada seorang lecturer aku pernah bagitau. "Sara, sebenarnya kamu berbakat menulis, bahasa kamu cantik". itu ulasan dia semasa menyemak assignment aku. "Sara, harusnya kamu menulis blog...".

hidup aku memang biasa-biasa saja. tapi aku anggap hidup aku indah. aku terima susah senang dan pahit manis menjadi aku. aku ingin menjadi seseorang. aku ingin terus menulis. aku masih ingin bercerita.

hidup ini banyak ranjaunya. terluka dan melukakan adalah lumrah yang namanya insan. hurmm. kalaulah satu hari, penulisan di sini terhenti, dan blog utama juga tak dapat diakses lagi. itu mungkin kerana aku mengambil rehat panjang. aku pasti kembali. dengan 'kamar tulis' yang baru. dan di sana nanti. kalian tidak akan tahu. bahwa yang menulis di situ adalah aku.

mahu terkenal itu bukan aku. mahu dikenali juga bukan lagi aku. aku mahu senyap sunyi. bukan sembunyi. menjelang 23 tahun usia beberapa hari lagi. aku pergi.....





Sunday, November 7, 2010

kekal kurus itu berbaloi?.. no.no.no


aku terkadang, macam meluat sket dengan spesis yang asyik duk cerewet makan sebab kononnya nak kekal kurus, langsing, ramping. Mekdi tak makan, nasik lemak tak makan. kek berkrim tak makan. kalau makan pun seciput je. diet. diet. diet. aduhai!

yang nak jaga sangat kerampingan tu apa plak tujuan dia? nak tarik perhatian lelaki?. nak jaga pandangan boyfriend supaya tak tengok kat perempuan lain? macam tu ker?

asalkan kau maintain sihat. kan ke dah Alhamdulillah. makan itu kan satu nikmat. nikmat ni semuanya sementara. kang nanti kalau Allah tup-tup bagi sakit yang kena pantang makan itu tak boleh ini tak boleh. haa. masa tu nak ikat selera kau tu ikatlah.

lain cerita kalau kau makan benda tu, pastu memang kau tak berkenan. pastu kau tak makan lagi dah. itu lain. macam aku. aku tak berkenan sushi. tak boleh masuk kat tekak aku benda-benda separa masak nih. pernah aku bagitau Ariff Shah yang aku tak makan sushi. itupun dia dah kata. rugi satu nikmat.

aku suka tengok orang yang tak la kurus, tak la ramping. mungkin chubby sket. tapi dia enjoy dengan makanan dia. maksudnya bukan lah dia makan sekali sampai 2-3 pinggan. tapi at least dia makan sepinggan nasik, dan dia happy menjamu selera tanpa perlu fikirkan dia harus diet tak makan nasik kena makan buah je. n something like that.

aku sekarang. life tak berapa teratur. so makan pun jadi tak berapa teratur. mungkin sebab kerja. n bila cuti aku lagi utamakan rehat. (tido). jadi macam tak ada masa untuk makan. cumanya aku takkan biarkan perut aku kosong lapar. apapun akan tetap alas perut. minum susu dutch lady ke makan roti ke. sebab aku taknak jatuh sakit.

apa yang penting?. amalkan pemakanan yang baik untuk kekal sihat. bukan kekal kurus. okeyh!





Wednesday, October 27, 2010

komplot penipuan


aku peduli apa dengan pendapat orang lain. tapi bagi aku. hidupnya aku selama 23 tahun ini. aku memang paling pantang besar dengan yang namanya penipu. fine, kalaulah berdusta kerana terdesak. mungkin aku boleh maafkan. sebab mungkin aku pun pernah buat. contoh. aku dah terlewat pi sekolah. terpaksa bantai tipu yang aku cirit-birit and so on demi mengelakkan kena denda. tapi itupun masa zaman tak matang. sekarang ni. dah makin banyak angka umur. aku zerokan gejala menipu ni.

pernah seorang sahabat bertanya pada Rasulullah, macam mana dia nak berhenti buat maksiat. setiap kali cuba dia gagal. tau apa jawapan Rasulullah bagi? Baginda kata. nak berhenti buat maksiat. pertama sekali. jangan sesekali berbohong. sahabat pun pelik, alah. macam simple je bunyi syarat dia kan. then setiap kali dia cuba nak dekati maksiat. dia akan teringat. bagaimana kalau nanti ditanya oleh Rasulullah s.a.w. adakah aku sudah berhenti melakukan dosa-dosa, apa patut aku jawab. patutkah aku menipu sedangkan Rasullullah meletakkan syarat bahwa aku tidak boleh berkata dusta. disebabkan taknak berbohong dengan Rasulullah. sahabat ni berjaya berhenti dari melakukan maksiat.

nampak tak? daripada sebuah penipuan tu, begitu besar impak dia kepada manusia. dan dengan berkata benar sekalipun pahit. juga mendatangkan kesan besar pada diri kita.

mungkin aku ni bukan seorang yang penyabar. mungkin perangai ini ikut perangai abah. disebabkan itu bila aku terpaksa berdepan dengan sesuatu yang aku cukup pantang. maka aku akan jadi keras hati. aku tak memilih dalam soal ini sekalipun yang menipu tu mungkin kawan baik aku sendiri. aku tak kisah orang maki aku depan-depan. paling tidak pun aku boleh maki dia balik. tapi aku lagi kisah pada siapa yang menikam aku dari belakang. walau apapun alasannya. kalau kau anggap aku kawan. seharusnya kau takkan pernah merancang untuk perbodohkan aku.

aku bukan jenis pembenci. tapi cuma satu. aku mungkin sudah hilang percaya.


Saturday, October 16, 2010

sayang...


perasaan aku sekarang ni, berbaur. macam-macam benda nak kena setel. letih. tak larat. dan macam-macam. dah dua hari aku matikan handphone. memang tak ada gunanya aku on. pasti tiada panggilan penting mahupun panggilan manja. haha!

sedih dan rindu bila dia berpergian ke South Korea. 3 bulan adalah tempoh yang lama. sudahlah sebelum pergi, ada berlaku salah faham. memang salah aku pun mencabar kesabaran dia. sekarang padan muka akulah. apa yang sedihnya. mata aku ni cepat je nak berair bila kenangkan dia. apasal ntah sedih sangat.

untuk elak sedih, aku pergi bekerja. sibukkan diri. letihkan diri. jumpa orang. jumpa kawan-kawan. tengok movie cerita kelakar. sebenarnya aku benci bila terpaksa berdepan dengan keadaan camni. letih handle perasaan. memang aku tak sekuat mana.

mungkin lepas 3 bulan ni semuanya akan baik-baik saja. doakan ya.


Sunday, October 3, 2010

saya kena matang dalam sebuah hubungan..


turn to be childish. why.why.

memang dulu aku pernah wish, aku harap akan ketemu seseorang yang sedemikian. sebab aku rasa aku sesuai dengan sejenis yang seperti ini. then now bila dah jumpa. aku tak kuat ke nak hadapi?

because Im a girl.

tiba-tiba aku teringat dia cakap. ex-gf dia pernah kata. ex-gf dia curang sebab kurang kasih sayang. then dia rasa sangat bengang bila seorang perempuan bagi reason macam tu. then now I know why that girl bagi reason camtu. sebab dia memang busy-busy-busy!

bukan ke selama ni aku tak suka komitmen terlampau?. aku tak suka make call or bergayut selalu. tak suka everytime kena mesej and in4m semua perkara. tak suka dan tak suka. !

mungkin ini ujian. macam mana yang aku nak. now Allah uji. sebagaimana dia busy. aku pun kena busykan diri. aku bukan seorang yang manja dan mengada-ngada. yes. aku memang ego tinggi. kalau dia call pun aku akan kata. "haaa, you nak apa ni call I...".

busy nya dia, sampai tahap akaun Facebook pun dia tak ada. life dia kerja-kerja kerja. memang. dia ada kata apa guna bercintan-cintun sakan tapi masa depan tak tentu. dia nak masa depan dia dengan someone he loves clear.

ok. bukan ke itu satu benda baik?

I trust him. dah lama kan aku kawan dengan dia. dah masuk 5 bulan. takkan aku tak faham-faham?.

mungkin sebab sebelum ni di tahap kawan. tapi lepas dating hari tu, perasaan aku dah jadi lain serius! aku dah mula rasa. hey. kenapa You buat perasaan I jadi camni?. dan aku dah mula takut. what of if one day I lost him?. how could I stand?

dah lama dah aku tak punya perasaan macam ni. and suddenly it comes again. aku rasa takut untuk lebih serius kerana takut untuk menghadapi kehilangan. rasa sesak dada. susah kan?

I miss him badly. semua kenangan sejak mula kenal dia hingga last time we met asyik menerawang di minda aku, then sebab ego tinggi. I wont let him know that Im being crazy like this. Lol..

haha. tak pasal-pasal you all kena baca luahan hati aku ni. siannnnn..!






Monday, September 27, 2010

aku lihat ada bahagia pada senyumnya


tapi kenapa. hati aku terasa pedih?

aku tidak akan menangis. cukup-cukuplah. dia adalah episod masa lalu. episod hidup dia kini adalah di sisi insan lain.

begitu susahnya mengubati hati. bertahun-tahun. sakitnya masih bersisa. benarkah masa ubat segala?

Tuhan, berikan aku ketenangan dan kedamaian perasaan, kekuatan jiwa dalam manghadapi ujianMu yang satu ini. Amin

Tuesday, September 21, 2010

bukan pendiam tetapi perahsia.


hai kawan-kawan. lama dah kan tak update blog ni. dah bersawang sana-sini. aduhaii. meh. meh kasi bersih sket. kita update dengan 1 entry. ok.

now. Im in love.

cakap pasal cinta ni tak boleh canang satu dunia. sebab nanti orang kata kita nak buat gimik lakukan blog. padahal tak pun. yelah, pendapat orang memang berbeza-beza.

bukanlah jatuh cinta dengan lelaki. tapi jatuh cinta terhadap sebuah perjalanan kehidupan. apa yang aku hadapi saat ini. aku jatuh cinta kepadanya. iaitu episod kehidupan yang sekarang. ya. aku punya banyak masalah. aku hadapinya. aku yakin Allah akan bagi jalan.

aku tidak mahu bersusah hati, malah tidak mahu sesiapa berasa susah kerana aku. jalan hidup ini. aku mampu menghadapinya sendiri. rakan serumah aku pernah bagi email kat aku. haa. pelik tak rakan serumah send email?.

dalam emailnya berkata, aku ini kadangkala terlalu mengasingkan diri. terlalu berahsia dan senyap sunyi. lebih tepat lagi. 'misteri'. ya. bukan seorang dua teman rapat yang cop aku sebagai insan misteri.

walaupun aku bukan seorang pendiam. malah sebenarnya ramah. tapi aku bukan seorang yang akan share hal peribadi with anyone. kalaupun aku bercerita pada somebody. mustahil ianya berkisarkan 100%. paling banyak. 60%.

kalau satu hari nanti Allah beri aku cinta hati. (mudah-mudahan). aku mahu dia mengerti bahwa aku tidak akan berkongsi dengannya tentang semua rasa hati aku. sungguh. ianya hanya aku dan Allah jua yang tahu.

pada emak. abah, kakak mahupun adik beradik. mereka melihat aku sebagai seorang yang ramah tamah. makan hati memang jauh sekali. sebab aku selalunya tidak kisah.

aku hanya punya satu impian. aku mahu kembara sejauh mungkin. tapi aku tahu aku tidak boleh mengembara sendirian kerana aku seorang perempuan. maka muga Allah dengar harapan aku ini. dapat melengkapkan episod kembara. dengan seorang teman sejati. Amin.




Wednesday, July 28, 2010

errrrrrr.....real date?

ok, kat sini nak cerita lebih sket pasal blogger lelaki yang aku jumpa Sabtu lepas. kalau u all baca blog aku lagi satu tue mestinya korang tau siapa dia..aku maals nak mention nama dia kat sini, nanti masuk enjin carian google susah pulak. wakaka.
ok. apsal sebenarnya aku gamble sangat pi kuar berdua dengan dia. sebenarnya aku memang segan pun, sapalah aku ni kan. serius segan. tapi style aku macam biasalah, konon-konon macam tak malu sangat. kahkahkah
frankly speaking, dah lama gila aku tak kuar berdua dengan lelaki. aiseh, last time tahun 2009 kowt. memang perasaan. ei," aku ni dating ke apa ni " berlegar-legar dalam otak aku. pastu boleh terfikir-fikir, ni kalau serempak ngan bebudak UM tak ke naya je aku. hakhak.
bila agaknya aku nak real date dengan pakwe sendiri. bercinta pernah, tapi tak pernah date, bila dah tak bercinta lagi dah, baru kuar date as kawan. so tak pernah merasa real date. memang bukannya aku nak sangat. ini mungkin keinginan yang datang sebab tengok orang lain dating bagai. padahal sebenarnya aku pun rimas kalau asyik dating saja. cuma itulah, perasaan nakal ni datang jugak kadang-kadang, nyampah aku.!

Wednesday, July 21, 2010

new life begin.

ok. bercerita lagi tentang kehidupan baru aku yang lebih mencabar. sumpah mencabar sangat-sangat. Ya Allah. kuatkan semangatku. macam yang anda tahu. kerja aku sebelum ini aku buat time aku semester break. dan kerja itu pun bukanlah everyday. so aku macam ada masa melepak jugak bila ada hari yang aku tak kerja. tapi kali ini, untuk this part time job yang aku buat. aku start time aku dah mula kuliah. aku ada kelas hari Selasa Rabu Khamis. maka aku bekerja hari Isnin Jumaat dan Ahad. dalam seminggu ada 1 hari je untuk aku rehat. itupun satu hari itulah juga kesempatan nak ulangkaji pelajaran dan buat assignment. pulak tu, 3 subjek yang aku ambik semester ni memang boleh tahan tough. kena banyak baca. ada test, ada presentation. ada report. minggu mula-mula ni boleh lah relax sikit. minggu depan aku rasa dah mula dah lecturer aku nak buat test. eii. harap-harap aku dapat laksanakan semua perkara dengan baik. mudah-mudahan. doakanlah.

Monday, July 19, 2010

dah mula kerja, next part time job

ok, hari ni cerita ringkas. sebab pagi ini aku ada kelas. sampai ke petang. baiklah. berkenaan tajuk. semalam adalah hari pertama aku bekerja di restoran western food kat kl central. 1st day keje, aku ambik shift petang. dari pukul 3pm-9pm. 6 jam straight tanpa break. walaupun baru hari pertama, aku tak anggap kerja aku mudah sangat boleh relax. aku bukan saja jadi runner yang hantar pesanan ke meja. tapi aku terus belajar apa saja yang aku boleh belajar tentang menu. sebab awal bulan depan ada 2 orang staf nak berhenti kerja. sebelum diorang berhenti. aku kena mahir-mahirkan diri. kalau tak aku jugak yang susah nanti. oh ya. ada sorang permanent staf reatoran kami adalah seorang 'pengkid'. ok itu nanti aku akan ceritakan untuk next update. sampai jumpa lagi. daa.